Kembali

Dulu, kini & selamanya...
www.muzikrock.com

ARTIS/BAND | KARYAWAN | KOMPILASI | KONSERT

FOTO & GRAFIK
| ARTIKEL & ULASAN

BLOG | AUDIO | VIDEO

KEDAI
MUZIKROCK.COM/SHOP

Free counter and web stats

Senikata lagu...

Sharon

SENIKATA: Azam Dungun
SENILAGU: Hilman

ARTIS: Amuk

Usah disangka yang kecil lemah tak bertenaga
Usah dipuja yang besar kuat dengan lagaknya
Adakalanya yang kecil itu akalnya besar
Adakalanya yang besar itu akal tersasar

Kaulah dajal dunia, penuh telingkah
Nyawa bagaikan tiada apa pun nilai
Arahan pendamaian tiada satu kau tepati
Kerna kuasa, rakyat jelata jadi taruhan

(Dajal Sharon) Kaulah manusia...
(Sharon dajal) ... bertopeng puaka

Usah dijolok sarang tebuan di celah dahan
Jika diserang engkau berlari tak cukup padang
Lainlah engkau kebal, dentuman kilat di laman
Perisai besar tahan hangusan api bedilan

(Hey...) Kau dajal jadian (... Sharon)
Paksi kejahatan
(Hey...) Kau bukan manusia (... Sharon)
Topeng puaka
(Hey...) Kau dajal jadian (... Sharon)
Lambang kekejaman
(Hey...) Taring keganasan (... dunia)

Di tanganmu arahan puaka
Penindasan tak kira usia
Darah merah yang menitis bumi
'Kan mengundang bencana di alam

Kaulah puaka!

SENARAI SENIKATA


Rekabentuk laman web & pengumpulan maklumat oleh Kamal
Hakcipta laman web 2006-2010
khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara

BERKHIDMAT UNTUK ROCKERS