Kembali

Dulu, kini & selamanya...
www.muzikrock.com

ARTIS/BAND | KARYAWAN | KOMPILASI | KONSERT

FOTO & GRAFIK
| ARTIKEL & ULASAN

BLOG | AUDIO | VIDEO

KEDAI
MUZIKROCK.COM/SHOP

Free counter and web stats

Senikata lagu...

Sengsara

SENIKATA: Abot
SENILAGU: Abot


ARTIS: Abot

Berkedip-kedip, berkilau-kilauan
Bermandi cahaya tubuhmu
Goyang kanan, goyang kau ke kiri
Ding ding dong, kau terlupa diri

Kerna pengaruh atau ingin cuba
Atau pun kerna ikut rasa
Ada yang juga kerna teraniaya
Akhirnya kau menjadi mangsa

Kejanglah seluruh tubuhmu
Dihuni urat ekstasi
Bagaikan elektrik mengalir dalam darahmu
Terpisah sebentar ke dunia fantasi

Larilah lari, cuba berlari
Namun dikejar suara bertimpa-timpa
Berkelip-kelip, berpinau-pinau
Terasa di awang-awangan

Batin meronta, zahir berkuasa
Hidup tak ubah seperti rangka bernyawa
Melihat bahgia, tapi sengsara
Seolah dikejar jembalang

Berketar-ketar semua anggota
Berbuih mulut, mengalir tidak berhenti
Mata ke mana, akal ke mana
Tak daya kau mengangkat muka

Kasihan ibu melihat anak
Walau terluka, kasih ibu tetap dalam
Dia yang rasa tidak sengsara
Melihat menanggung derita lebih sengsara

SENARAI SENIKATA


Rekabentuk laman web & pengumpulan maklumat oleh Kamal
Hakcipta laman web 2006-2010
khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara

BERKHIDMAT UNTUK ROCKERS