Kembali

www.muzikrock.com

Dulu, kini & selamanya...
www.muzikrock.com

SENARAI
ARTIS/BAND
KARYAWAN
KOMPILASI
KONSERT

ISTIMEWA
FOTO & GRAFIK
ARTIKEL & ULASAN
SENIKATA

MEDIA
AUDIO
VIDEO

KEDAI
MUZIKROCK.COM/SHOP

Join MUZIKROCK facebook

Flyer muzikrock.com

16 Disember 2006

9 Disember 2006


Blog Terkini Arkib Blog
2006
| 2007 | 2008 | 2009 | 2010
RSS Feed - untuk melanggan blog

29 Disember 2006
Konsert Search yang dijadualkan pada 7 Januari 2007 di Stadium Larkin JB telah dibatalkan untuk menghormati mangsa banjir. Tarikh baru akan diumumkan kelak.
-

24 Disember 2006
Sebuah konsert terbuka iaitu Konsert Gegaran Mutiara.FM diadakan di Padang Dataran Pemuda, Butterworth pada hari ini jam 8.30 malam. Konsert ini menampilkan MAY, Kristal, Def-Gab-C, Bandi Amuk, Awie dan Fenomena (Juara Rhythm of Champion 2006)
-

22 Disember 2006
Filem Rock arahan Mamat Khalid memenangi anugerah Pelakon Terbaik Anugerah Skrin ke-8 melalui lakonan Hasnul Rahmat sebagai penyanyi rock.
-

21 Disember 2006
Ada beberapa keluaran terbaru vcd dan album yang baru aku dapatkan, yang pertama ialah vcd Mega & Fotograf - Reunion Live at Planet Hollywood. Setelah menontonnya aku rasa vcd ini memang patut dijadikan koleksi bagi setiap peminat kumpulan rock lama-lama seperti ini. Pada aku Fotograf menampilkan sebuah persembahan yang hebat, selain vokal Shamrin yang masih bertenaga, pemain drum Ringgo yang masih tidak berubah penampilannya dan yang paling menarik sudah tentulah kerana penampilan istimewa gitaris handalan Opie (Bloodshed) yang membawakan setiap lagu-lagu nostalgia Fotograf dengan amat menarik sekali. Kumpulan Mega pula hadir dengan menampilkan vokalis asal Zarith di samping Rahmad dan gitaris adik beradik - Adi & Sam. Persembahan mereka semua sememangnya menarik, bukan hanya sekadar nostalgia tapi mereka benar-benar membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan rock yang pernah popular satu masa dulu.

Seterusnya ada beberapa album yang berjaya menarik perhatian aku, pertama sekali penyanyi rock solo Bard dengan album pertamanya berjudul R1. Album ini dikatakan membawa konsep heavy metal bercampur rock dan baru saja berada di pasaran. Kedua ialah album Royce, penyanyi wanita yg pernah muncul dengan album solo ketika zaman muzik alternatif hampir malap dulu. Kini Royce tampil dengan band pengiring yang turut dianggotai oleh gitaris Matnor Hendrix (Rusty Blade). Album kedua Royce yang berjudul Yang Lazat ini adalah sebuah album rock yang menampilkan susunan muzik menarik serta vokal Royce yang tersendiri. Akhir sekali aku tertarik dengan album kumpulan Malex yang berjudul Wira Kosmo. Album ini kurang meluas pengedarannya, sama seperti album-album mereka yang terdahulu. Malex ialah sebuah kumpulan dari Singapura yang memperjuangkan lagu-lagu rock keras dengan lirik-lirik berbahasa melayu, dan sekarang nampaknya mereka cuba untuk menerjah pasaran tempatan dengan lebih meluas lagi.
-

16 Disember 2006
Konsert Rock The World 7 berlangsung di Stadium Merdeka, KL menampilkan 50 artis/band.
-

15 Disember 2006
VCD konsert Fotograf & Mega di Planet Hollywood KL baru saja dipasarkan.
-

9 Disember 2006
Konsert Guitaristrories menampilkan kumpulan Lives (Kid & Noordin Taib) dan artis rock lain berlangsung di Backroom, KL.
-

8 Disember 2006
Pertandingan separuh akhir Juara Lagu 2006 kategori Pop Rock telah berlangsung di mana kumpulan Pretty Ugly telah berjaya ke peringkat akhir dengan lagu Diari Seorang Lelaki.
-

1 Disember 2006
Pertandingan separuh akhir Juara Lagu 2006 kategori Balada telah berlangsung di mana Awie bertanding dengan lagu Iris, sementara Amy (lagu Suralaya Dalam D Major) telah menarik diri di saat akhir.
-

28 November 2006
Empat buah VCD persembahan live baru saja dikeluarkan iaitu Konsert Zaman 'Rock Timur' Ramli Sarip, Konsert Live Bumiputra Rockers, Langsuyr at Planet Hollywood dan Def-Gab-C RWD 0106 The Video.
-

www.muzikrock.com

 


Rekabentuk laman web & pengumpulan maklumat oleh Kamal
Hakcipta laman web 2006-2010
khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara
Free counter and web stats

PENAFIAN Semua isi kandungan dan bahan-bahan dalam laman web Muzik Rock (www.muzikrock.com) ini termasuk maklumat, tulisan, gambar, senikata dan klip audio/video adalah hak milik eksklusif para individu, penulis, karyawan dan artis serta pihak media cetak, stesen TV dan syarikat rakaman yang berkaitan, sama ada dinyatakan atau pun tidak. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut

BERKHIDMAT UNTUK ROCKERS