28 April 2008 -
Pertama sekali,
selamat datang ke laman web www.muzikrock.com. Setelah lebih
setahun kemunculan laman web ini, banyak juga respon yang
bagus-bagus yang aku dapat daripada anda semua, yang
kebanyakannya bertembung secara tak sengaja semasa dalam
pencarian anda tentang muzik rock. Walau macam mana pun ramai
lagi yang masih belum bertembung dengan laman web ini, kerana
aku memang menghadkan promosi laman web ini kerana masih banyak
maklumat yang tidak lengkap dan masih dalam pengumpulan dan
penyusunan. Ramai juga yang tak faham konsep laman web ini yang
lebih kepada berbentuk maklumat, dan tidak berbentuk hiburan
mahu pun berbentuk komuniti. Walaupun begitu, projek laman web
ini akan terus berjalan, dan aku harap dapat melengkapkannya
dengan semua maklumat yang ada dalam simpanan aku. Rugi juga
kalau tersimpan saja tanpa berkongsi sejarah rock tempatan yang
tak seberapa ini.
Dulu aku cuba
kemaskini buletin terkini secara sikit-sikit tentang
perkembangan muzik rock tempatan. Sekarang aku rasa lebih bagus
kalau guna konsep blog pula walaupun aku tak pasti sama ada
mampu mengendalikan blog ini dalam masa harian yang begitu
terhad ini. Apa pun, terimalah segmen terbaru laman web
www.muzikrock.com
PENAFIAN
Semua isi kandungan dan bahan-bahan dalam laman web Muzik Rock (www.muzikrock.com)
ini termasuk maklumat, tulisan, gambar, senikata dan klip
audio/video adalah hak milik eksklusif para individu, penulis,
karyawan dan artis serta pihak media cetak, stesen TV dan
syarikat rakaman yang berkaitan, sama ada dinyatakan atau pun
tidak. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini
adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab tersebut
BERKHIDMAT
UNTUK ROCKERS