SENARAI ARTIKEL & ULASAN

MuzikROCK
Dulu, kini & selamanya... muzikrock.com
Kembali

Album terbaik dari Hanafie Warren
oleh Nas Ahmad

Album baru Hanafie Warren keluaran Life Records punya keindahan yang tersendiri. 10 buah lagu yang mengesankan serta susunan muzik yang padat, menjamin peminat Hanafie Warren dan peminat muzik hard rock pasti akan berbangga memiliki album ini! Tajuk album ini agak unik, 'Siapa Aku... Bukan Tak Kenal Diri, Sekadar Belum Pasti' punyai maksud yang mendalam jika direnungkan. Bagi Hanafie Warren, ianya menyentuh sedikit perjalanan hidupnya, tapi bagi orang lain pula mungkin ada tafsiran sendiri yang lebih baik barangkali.

Lirik lagu 'Pencarian' seolahnya lanjutan dari 'Siapa Aku' tapi dalam nada lain yang lebih bertenaga. Untuk rangkap permulaan lagu ini teknik suara speed chorus iaitu alat gejet disambungkan kepada flanger telah digunakan untuk menghasilkan suara yang kedengaran macam di awangan. Keyboard jenis Roland D50 juga digunakan untuk menghasilkan bunyi yang garang - menambahkan semangat pada lagu ini.

Lazimnya menyanyi mestilah dengan suara yang bertenaga, tapi adakalanya suara malas pun diperlukan juga! Seperti dalam lagu 'Menanti Kehadiran'. Melodi lagu ini memerlukan nada suara tersebut dan Hanafie dapat menyampaikannya dengan baik.

Nas jadi termenung bila dengar lirik lagu 'Engkau Dan Aku'. Antara liriknya berbunyi "Semalam ku lihat, mayat cinta siapa, terbaring di mata, di manakah engkau". Begitu puitis sekali. Lagu ini ciptaan Awang (Bumiputra Rockers) dan lirik oleh Bob (bekas pengurus Wings). Ada harapanlah untuk masuk RTM atau TV3.

Di muka 2 album ini lagu 'Damailah', punya melodi yang mudah didengar, liriknya juga punyai mesej baik. Penggunaan alat double pedal pada drum untuk lagu 'Hukum Rimba' berkesan memberikan debaran untuk lagu ini. Di akhir lagu diselitkan sound effect bunyi letupan, boom!! (Macam bunyi perut orang gemuk meletup!).

'Tragedi Di Rusila' sebuah lagu tanpa drum, hanya menggunakan gitar akaustik dan keyboard. Kekuatan lagu ini adalah pada liriknya. Hasilnya menarik. Album ini terbitan Hanafie Warren dan Moliano (Lovehunters). Hanafie Warren kini menyanyi di Kelab Woodstock di Far East Plaza, Singapura. Dia baru saja balik dari Taiwan, menyanyi di sana selama 3 bulan di Kelab Monticarlo di daerah Tahichung.

15 Oktober 1989 URTV


Rekabentuk laman web & pengumpulan maklumat oleh Kamal
Hakcipta laman web 2006-2008
khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara
Free counter and web stats

PENAFIAN Semua isi kandungan dan bahan-bahan dalam laman web Muzik Rock (www.muzikrock.com) ini termasuk maklumat, tulisan, gambar, senikata dan klip audio/video adalah hak milik eksklusif para individu, penulis, karyawan dan artis serta pihak media cetak, stesen TV dan syarikat rakaman yang berkaitan, sama ada dinyatakan atau pun tidak. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut