SENARAI ARTIKEL & ULASAN

MuzikROCK
Dulu, kini & selamanya... muzikrock.com
Kembali

Lagu Inggeris Babylon best!
oleh Nas Ahmad

Lagu-lagu rock barat memang hebat. Muziknya padat, melodinya terangkat. Tapi sayang kebanyakan liriknya kotor, soal sex bebas, soal dadah, soal ilmu hitam, yang semuanya sama sekali tak ngam dengan rockers kita. Kerana itu langkah kumpulan Babylon merakamkan 2 iagu Inggeris dalam album sulung mereka adalah suatu langkah baik, kerana liriknya dikekalkan bersih macam kebanyakan lagu kita juga. Kalaulah lepas ni nanti semua rock band kita ikut buat begini pasti akan mengalihkan minat rockers kita pada lagu-lagu ciptaan tempatan.

Lagu Metal Fire dan Fight For Freedom dari Babylon keduanya ciptaan Hassan dan Hussein lirik oleh Arabi. Wow, ada talent laa! Kalau tak tau siapa penyanyinya pasti ramai orang sangka ini lagu barat, mungkin dari White Lion, Damn Yankees atau Steelheart. Kalaulah Babylon berpeluang rakamkan lagu-lagu ini di studio yang lebih kelas lagi tentu Mat Saleh rocker pun ternganga mendengarnya!

Kumpulan Fotograf pun pernah rakam lagu Inggeris. Macam mana agaknya nanti kalaulah rock band barat rakam lagu lirik Melayu pulak? Bayangkan kalau WhiteSnake rakam iagu Anak Kucing Berkuku Tajam (Kittens Got Claws), Def Leppard rakam lagu Cewek (Woman), atau Pretty Boy Floyd rakam lagu Mak Engkau Tak Tau (Your Mama Won't Know), pasti gamat sekampung!

Okey!!, album Babylon terbitan doktor rock kita M. Nasir baru saja masuk kedai pada 11 Jun lalu. Rockers bolehlah cari album ini di mana-mana kedai kaset. Dengarkan lagu Harum Berbisa, liriknya punya pengertian yang luas. Terserah pada anda untuk mentafsirkan sendiri. Mungkin boleh ditafsirkan sebagai bencana penyalahgunaan dadah, mungkin juga boleh ditafsirkan sebagai akibat tergoda cinta palsu. Cuma yang pasti lirik ini bermutu. Syabas kepada penulisnya Ram Ghazali. Wa prakkkk lama lu!!.

Lagu Suara Syaitan macam lagu-lagu DIO. Cuma bezanya lagu DIO selalunya dalam satu lagu ada bertukar-tukar rentak tapi lagu ini cuma pakai 2 rentak saja. Penggunaan kesan bunyi bikin lagu ini tambah ngam, disertai pulak dengan suara jeritan vokalisnya yang powerful. Wow, baik punya!.

Lagu-lagu rock ballad seperti Api Cinta umpamanya ada peminatnya sendiri, tapi bagi sebilangan orang lain lagu begini terlalu slow, rasa macam nak tertidur. Korrr!!!! Lirik lagu tulisan S. Amin Shahab kebanyakannya bermutu dan pasti punyai sesuatu mesej. Seperti dalam lagu Dunia Konkrit antara liriknya berbunyi 'Jika Kau Lalai Dalam Dunia Konkrit, Nanti Kau Jugakan Ditindih Konkrit', cuba renungkan....

Babylon dianggotai oleh Mohd. Hussein Abd. Ghaffor - vokal, Mohd. Hassan Abd. Ghaffor - lead, Kamarulzaman Kamaruddin - bass, dan Nahar - dram. Merenung wajah anggota kembar Hassan don Hussein naik hairan pulak. Macam mana wajah kamu berdua boleh sebiji macam wajah Abu (MAY), agak dah berpakat ke?

15 Ogos 1990 URTV


Rekabentuk laman web & pengumpulan maklumat oleh Kamal
Hakcipta laman web 2006-2008
khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara
Free counter and web stats

PENAFIAN Semua isi kandungan dan bahan-bahan dalam laman web Muzik Rock (www.muzikrock.com) ini termasuk maklumat, tulisan, gambar, senikata dan klip audio/video adalah hak milik eksklusif para individu, penulis, karyawan dan artis serta pihak media cetak, stesen TV dan syarikat rakaman yang berkaitan, sama ada dinyatakan atau pun tidak. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut