BAND ACAB

MuzikROCK
Dulu, kini & selamanya... muzikrock.com
Kembali

Orang Timur
(2002)
ALBUM KUMPULAN ACAB

PENYANYI Magskin
GITAR Magskin
BASS Anaskin Skywalker
DRAM Zul

PENYANYI LATAR Anaskin Skywalker

PENERBIT Magskin
PENERBIT EKSEKUTIF WP Tang
PENYELARAS A & R WP Tang
SUSUNAN MUZIK Magskin

STUDIO RAKAMAN Craze Studio, Petaling Jaya, Selangor
JURUTERA RAKAMAN & ADUNAN Marlin & Dot
JURUTERA MASTERING CL Toh
STUDIO MASTERING Mastering One
FOTOGRAFI Nazmin @ Musicexchange
IDEA & KONSEP KULIT ALBUM WP Tang
REKABENTUK & GRAFIK KULIT ALBUM Troy @ Juxtapoze Design

URUSAN PEMASARAN The Skinheads
URUSAN PROMOSI Babyskin & Skingirl
URUSAN ARTIS & PERSEMBAHAN Soul Production House & Zul

TERBITAN Clockwork Records
EDARAN EMI (Malaysia) Sdn Bhd
LAGU
Judul Pencipta / Penulis Masa
Orang Timur SYJ -
Hati Syaitan SYJ -
Mata Sepet Man Rani / Amir -
Perjuangan * Magskin -
Bunga Padang Pasir Sofea -
Kembali Rani Sofea / Amir -
Bersama Semula * Anaskin Skywalker -
Syurga Di Hujung Jarum Lan / Himza -
Titik-Titik Noda Sofea -
Anak Liar Sofea -

* lagu baru

Nota: Kecuali lagu-lagu baru, semua lagu adalah persembahan asal kumpulan Sofea (SYJ). Versi asal lagu Bersama Semula yang berjudul Our Country terdapat dalam album Skinhead 4 Life (2001)


UCAPAN "Orang Timur adalah sebuah penghargaan buat lagenda kumpulan rock 'jalanan' tanahair, SYJ/Sofea yang merupakan inspirasi dan idola ACAB selama ini. Bermula dari Battle Of The Bands, SYJ telah memukau kami dengan penampilan mereka yang agresif, muzik yang keras bersama lirik-lirik realiti lengkap dengan unsur-unsur penentangan dan bahasa-bahasa kesat disampaikan begitu efektif dengan cara mereka yang tersendiri jauh terkeluar daripada kelompok muzik 'typical' Melayu yang terus layu dan hanyut dengan lagu-lagu cinta dan airmata yang tiada kesudahan. Pada zaman di mana 'artis-artis' sibuk memperagakan karya komposer-komposer terkenal, SYJ keluar dengan hasil ciptaan mereka seperti Orang Timur, Hati Syaitan, Mata Sepet dan Teruskan yang amat memBANGGAkan. Mereka kemudiannya menukar nama kepada Sofea dan telah menghasilkan album pertama berjudul Kembali dengan lagu-lagu seperti Kawasan Larangan, Kembali, Debu Khayalan, dll. yang bagi kami merupakan salah satu daripada album rock terbaik tempatan. Begitu juga dengan album Anak Liar & Boneka Pentas yang memuatkan lagu-lagu seperti Anak Liar, Titik-Titik Noda, Bunga Padang Pasir, Syurga Di Hujung Jarum, dll. cukup membuatkan kami terpengaruh. Telah lama kami bercadang untuk menghasilkan album penghargaan ini dan sekarang merupakan masa yang paling sesuai untuk ACAB mengenalkan mereka-mereka yang disanjungi kepada para pengikut sekalian. Kami membesar dengan muzik-muzik SYJ/Sofea dan adalah tidak adil bagi kami untuk tidak mengetengahkan kumpulan yang membuatkan kami mula bermain muzik. Walaupun agak berbeza dengan album-album ACAB sebelum ini, kami berharap agar kalian dapat menerima dan terhibur dengan lagu-lagu kegemaran kami dan buat para pengikut ACAB, terimalah Perjuangan dan Bersama Semula sebagai langkah-langkah untuk mendekati bahasa Melayu dalam muzik kami. SYJ/Sofea akan sentiasa berada di satu sudut yang istimewa di setiap hati kami. Hanya ada satu sahaja album seperti ini yang akan kami sampaikan. 'Orang Timur' ditujukan khas buat mereka-mereka yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan tanpa henti buat ACAB dan juga ditujukan khas buat Amir dan Man Rani di mana jua mereka berada. CHEERS! Suspend the 'Mat Rock' prejudice, sit down, listen & concentrate... and you'll be OK" - ACAB
TRIVIA Kulit album ini memaparkan senikata dengan latar belakang gambar kumpulan Sofea/SYJ.

Rekabentuk laman web & pengumpulan maklumat oleh Kamal
Hakcipta laman web 2006-2008
khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara
Free counter and web stats

PENAFIAN Semua isi kandungan dan bahan-bahan dalam laman web Muzik Rock (www.muzikrock.com) ini termasuk maklumat, tulisan, gambar, senikata dan klip audio/video adalah hak milik eksklusif para individu, penulis, karyawan dan artis serta pihak media cetak, stesen TV dan syarikat rakaman yang berkaitan, sama ada dinyatakan atau pun tidak. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut