|
Dulu, kini & selamanya...
www.muzikrock.com

SENARAI
ARTIS/BAND
KARYAWAN
KOMPILASI
KONSERT

ISTIMEWA
FOTO & GRAFIK
ARTIKEL & ULASAN
SENIKATA

|
YAHOOGROUPS
Sertai segera untuk mendapatkan berita terkini
perkembangan laman web ini melalui e-mel anda.
Klik sini!
SHOUTBOX ROK
Tinggalkan mesej ringkas
anda di sini, atau layari lebih banyak shoutbox artis/band lain
seperti ACAB, Amuk,
Bumiputra Rockers,
Butterfingers,
Cromok,
Crossfire, Ella,
Lefthanded,
MAY,
Rusty Blade, Search,
Sofea,
Sweet Charity,
Wings dan
XPDC

FLYER
KONSERT/GIG
Akan datang! Nantikan...




FLYER
MUZIKROCK.com
Ingin beritahu rakan-rakan anda mengenai laman web muzikrock.com?
Tidak perlu cerita panjang. Hanya sebarkan risalah berikut!


PENGHARGAAN
Terima kasih kepada semua
media cetak, semua stesen radio & TV, semua syarikat rakaman,
semua artis dan band rock yang sudi mengunjungi laman web ini,
dan semestinya kepada semua rokes.
PENYUMBANG
Terima kasih
kepada Aliph,
Apis,
Ariff,
Aseng,
Auze,
Dilla,
Edrus,
Langsir,
Lynn,
Revenge,
SGNS,
Sharrul,
Zieda
dan Soi.
Sumbangan ikhlas anda amatlah dihargai. Sekiranya sesiapa ingin
menjadi penyumbang, sila hubungi
webmaster
HUBUNGI GUA!
khysweb at gmail dot com
PAUTAN
Aran
Hellstorm,
Brader
Rock,
BraderBear,
CarvedIjan,
cLinaku,
Cloudsarenice,
Dfebian,
Era
Rock Kapak,
Guitar Legend,
Hanya Rawk N Roll,
Kbakti,
Kegelapan Hidup,
Khalyf,
Langsir,
Lirik Lagu Melayu,
Listentocromok,
Maan-Rockers,
Metal War Music,
Penjahatdunia,
Qurraqas,
Sayap2 Wings,
Sezali,
SGNS,
Silan,
SofianIshak,
TUDM Ditektif,
Watari,
xDollzx


 |
|
|
|

23 Julai 2008
Fuh lama juga tak update di sini.
Bukan tak ada cerita, tapi masa agak suntuk sekali. Bulan Jun membawa kejayaan
kepada Sweet Charity dengan konsert reunion mereka yang boleh dikatakan berjaya
walaupun agak kurang sambutan. Bulan lalu juga aku mula menyemak trafik
kunjungan ke laman web ini, dan profil artis/band yang paling ramai
pengunjungnya adalah Wings, diikuti oleh
Search, Ella,
Sweet Charity dan
XPDC. Mengikut statistik, Wings juga adalah band paling popular di laman web
ini pada bulan April dan Mei. Khabar terbaru yang peminat rock perlu tahu ialah
Wings akan mengadakan satu lagi persembahan istimewa pada 2 Ogos ini bertempat
di kelab hiburan Ruums, Kuala Lumpur. Kali ini Wings akan diiringi oleh
persembahan pembukaan daripada beberapa band seperti Aku,
Kristal dan Revenge.
Menarik juga nampaknya kerana jarang sekali persembahan otai rock negara ini
dibuka oleh band pelapis generasi baru, pastinya gabungan peminat rock baru dan
lama bakal merancakkan suasana nanti.
-
17 Mei 2008
Showcase istimewa
Wings akan
diadakan esok! Aku telah pun mendapatkan tiketnya, tapi masih tertanya-tanya
bentuk persembahan mereka nanti, harap akan ada sesuatu yang tak pernah
terjangka. Baru-baru ini juga telah berlangsung Anugerah Industri Muzik ke-15
(AIM15) di mana kategori Album Rock Terbaik dimenangi oleh Faizal Tahir, album
Aku.Muzik.Kamu. Album itu juga memenangi Album Terbaik Keseluruhan dan
Persembahan Vokal Lelaki Terbaik. Juga melayakkan Faizal Tahir menerima anugerah
Artis Baru Terbaik. Satu pencapaian yang boleh dikatakan hebat. Tapi di kalangan
peminat muzik rock, mereka masih mempersoalkan tentang status rock Faizal Tahir
dan albumnya yang dikatakan tidak rock? Aku sudah lama membeli dan mendengar
album Aku.Muzik.Kamu, dan aku menerima secara terbuka bahawa muzik rock
mempunyai pelbagai gaya dan rentak. Walau bagaimanapun, rock yang dibawakan oleh
Faizal Tahir mungkin tidak menepati selera para peminat rock yang membesar dalam
tahun 80/90-an. Aku sendiri mengakui cuma mendengar album tersebut sebanyak 3
kali saja setakat ini. Tapi apa yang lebih membanggakan dalam AIM15 ialah
Anugerah Kembara yang diberikan kepada Pop Shuvit hasil usaha keras mereka
selama ini dengan membawa 'muzik Malaysia' hingga diterima di luar negara. Akhir
sekali, jumpa anda di Planet Hollywood malam esok yeah...
-
10 Mei 2008
Selesai sudah gig Tribute To Rock
Kangkang (TTRK) Part II yang ditunggu-tunggu pada Ahad lalu. Apa yang membuatkan
aku tertarik dengan gig itu hingga mempromosikannya berminggu-minggu di muka
depan laman web muzikrock.com? Ia bermula pada Mei 2007, ketika aku menyaksikan
gig di pentas utama Central Market, bertemakan 80's The Never Ending Rock Story.
Sekarang ini bila aku mengingatnya, ia lebih kurang Tribute To Rock Kangkang
juga, mungkin Part 0? Aku tertarik bila menyaksikan lagu-lagu rock tempatan dan
luar negara dimainkan semula oleh bands baru. Paling menarik bila mereka
menjemput otai rock kita sebagai satu penghargaan. Sebab itu bila diadakan gig
TTRK Part I pada bulan Februari lalu, aku usahakan untuk hadir lagi bagi
menyaksikan lebih banyak bands, lebih menarik tentulah kerana kali ini bands
diwajibkan membawa 2 buah lagu cover rock kangkang! Aku berpuas hati dengan apa
yang disaksikan lalu menyebarkan rakaman gig itu melalui
youtube. Dari situlah
bermulanya perbincangan muzikrock.com dengan penganjur gig TTRK untuk
bekerjasama mempromosi gig TTRK Part II. Ia bukanlah tentang populariti, tapi
aku memang ingin menyaksikan muzik rock kembali bertapak kukuh di Malaysia.
Semua pihak patut bekerjasama, dan kehadiran ratusan penonton gig TTRK Part II
membuktikan sokongan padu para peminat muzik rock walaupun ia hanya dalam skala
underground saja. Aku telah selesai menulis ulasan panjang lebar gig TTRK Part
II, dan akan dihantar kepada pihak penerbit yang berminat.
-
Arkib blog |
|

 |
Prolog
Selamat
datang kepada para peminat muzik rock khasnya. Laman web ini
telah dibuka pada 30 Mac 2007 dengan tujuan menghimpunkan segala
maklumat dan bahan-bahan yang berkaitan dengan muzik rock
tempatan, khususnya yang telah dikeluarkan di Malaysia dan
Singapura sejak dulu hingga kini. Tidak dilupakan juga segala
macam cabang muzik yang berasal daripada kategori rock seperti
metal, punk dan sebagainya. Dokumentasi muzik rock tempatan ini
adalah sebahagian daripada sejarah muzik moden negara.

Selamat melayari laman web muzikrock.com
Satu penghargaan untuk para rokes!
 |
Artis/Band
Himpunan
senarai artis dan band yang pernah mewarnai persada muzik rock
tempatan. Bermula daripada zaman awal kemunculan band di
Singapura seperti Sweet Charity, hinggalah kehadiran Search dari
Malaysia, muncul pula kemudiannya satu demi satu band daripada
ledakan Battle Of The Bands '86, Juara-Juara Rock '87 dan
sebagainya. Sehingga kini terdapat ratusan artis dan band yang
telah muncul memperjuangkan muzik rock, masing-masing dengan
cara dan perjuangan yang tersendiri.

Lihat Bloodshed,
Febians,
Helter Skelter,
Leez,
Melissa,
Noordin Taib dan
lain-lain
 |
Karyawan
Senarai
pendek para karyawan muzik rock, sama ada yang terlibat daripada
sudut penciptaan lagu, penulisan senikata, penerbit album,
penganjur konsert, dan juga lain-lain bidang yang secara tidak
langsung telah memberi sumbangan terhadap perkembangan muzik
rock tempatan. Karya dan hasil kerja mereka seringkali dibayangi
oleh populariti dan penampilan para artis dan band rock yang
terlebih dahulu menjadi perhatian para peminat. Walau
bagaimanapun, senarai penuh karyawan tidak dapat disediakan,
harap maaf.

Lihat Bakri Johari,
Bob Lokman,
Edrie Hashim,
JS Kevin dan
lain-lain
 |
Kompilasi
Pelbagai
album kompilasi pernah dikeluarkan dengan persembahan dan konsep
yang tersendiri. Tidak hanya sekadar menghimpunkan lagu-lagu
popular, terdapat segelintir album kompilasi yang menjadi medium
himpunan pelbagai artis dan band yang mungkin tidak berpeluang
merakamkan album secara bersendiri. Konsep album kompilasi yang
mempersembahkan lagu-lagu baru daripada pelbagai artis dan band
rock juga berjaya memberi pendedahan awal kepada mereka, seperti
contoh album Clash Of The Bands '87 dan Hikayat Rok '88.

Lihat A
Circle Of Friends,
Alternative
Connection,
Battle Of The Bands,
Mentera Metal dan lain-lain
 |
Konsert
Persembahan
konsert adalah salah satu acara yang paling digemari oleh
para peminat muzik rock. Selain daripada konsert artis dan band
secara bersendiri, konsert gabungan pelbagai artis dan band juga mampu
mencetuskan sejarahnya yang tersendiri. Walaupun arena rock
tempatan masih belum mencetuskan satu acara yang bertaraf
festival rock, namun penganjuran konsert dalam setiap zaman
berjaya meninggalkan kesan kepada khalayak masing-masing.

Senarai konsert Battle Of The Bands, Konsert Kotaraya,
Metal Wars, Rock The World dan lain-lain
 |
Foto & Grafik
Mari
mengimbau kenangan silam dan masa kini dalam paparan Foto dan
Grafik. Saksikan pelbagai aksi para artis dan band rock semasa
zaman kegemilangan muzik rock dahulu. SYJ, Rockers,
Desire, The Boys dan ramai lagi. Terdapat juga koleksi artwork kulit
album, petikan rakaman filem dan muzik video, galeri foto
istimewa yang memaparkan barangan kenangan rock, lakaran dan
lukisan, petikan iklan promosi akhbar & majalah, ragam mat rock,
kartun, foto konsert dan sebagainya.

Lihat foto filem Rock,
muzik video Taman
Rashidah Utama, kasut Aliph
dan lain-lain
 |
Artikel &
Ulasan
Tulisan
mengenai artis dan band rock tempatan, berserta ulasan album
mahupun konsert. Diambil daripada akhbar dan majalah untuk
dijadikan bahan rujukan umum. Ruangan ini juga terbuka kepada
semua pengunjung laman web khususnya para peminat muzik rock
yang berminat untuk mencurahkan pengalaman, pendapat dan ulasan
masing-masing dalam bentuk tulisan. Sila hantarkan kepada webmaster untuk
dipertimbangkan.

Lihat Penonton lebih
menggila Rock dari Pop!,
Ulasan Konsert Misteri
Kembali,
Ulasan album Helter Skelter dan
lain-lain
 |
Senikata
Ruangan
yang mengumpulkan senikata menarik lagu-lagu rock dulu dan kini.
Walau bagaimanapun, ruangan ini memberi lebih perhatian kepada
senikata yang mempunyai tema-tema tertentu, contohnya Hentikan
Peperangan, Musnahkan Dadah, Hidupkan Semangat dan lain-lain.
Senikata lagu-lagu popular terutamanya yang bertemakan cinta
terpaksa dikurangkan kerana
telah banyak terdapat di laman web lain, harap maklum.

Lihat Anak Merdeka,
Besi Beracun,
Hidup Rock,
Inspirasi Taming
Sari, Lanun,
Selamat Pagi
Malaysia,
Syurga Di Hujung Jarum dan
lain-lain
 |


 |
|
|